Kepelbagaian identiti di Malaysia bukan sahaja kekuatan negara, malah ia cabaran terbesarnya. Dalam dunia di mana perbezaan mudah memecahbelahkan masyarakat, ianya penting untuk kemampanan jangka panjang Malaysia bahawa anak muda mengetahui cara untuk hidup dalam harmoni bersama orang yang berbeza latar belakang budaya, etnik dan sosio-ekonomi.
Sekolah Diversiti bertujuan untuk memupuk persefahaman budaya dalam kalangan belia untuk menjadi pemimpin yang serba lengkap dan berkemampuan untuk memupuk keterangkuman dalam komuniti mereka. Melalui program interaktif yang dipenuhi dengan bengkel, perbincangan dan sesi refleksi, peserta akan diinspirasikan untuk berfikir secara kritis sambil mempelajari pelbagai perspektif dan idea lalu menyelesaikan persoalan besar yang dihadapi oleh masyarakat berbilang budaya: apakah cara terbaik untuk hidup bersama dalam kepelbagaian?
Siapakah Yang Kami Mencari?
Kami sedang mencari pelajar Tingkatan 4 & 5 (2025) dari seluruh Malaysia daripada semua jenis latar belakang kaum, agama dan sosioekonomi yang:​
-
Bersemangat untuk membina budaya keamanan dan persefahaman antara budaya
-
Bakal pemimpin masa depan yang akan memupuk perpaduan dan keterangkuman dalam komuniti mereka
​
Melalui program dwibahasa (dijalankan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu), peserta akan bergaul dengan rakan-rakan daripada latar belakang yang berbeza dan meneroka pelbagai perspektif identiti, kepelbagaian dan keterangkuman, sambil menjalin persahabatan baru yang mampu bertahan seumur hidup.
Apakah Yang Boleh Dijangkakan?
Sekolah Diversiti adalah sebuah pengalaman menarik selama seminggu yang akan diadakan pada 10 - 14 Februari 2025.
*Lokasi program adalah 1-2 jam dari KL Sentral, butiran berkenaan lokasi akan dikemaskini selewat-lewatnya pada bulan Januari 2025.
Peserta akan meneroka topik tentang identiti, kepelbagaian dan keterangkuman, iaitu
Di akhir program, para peserta perlu memulakan projek mereka sendiri sebagai penerokaan dan penghargaan berterusan terhadap kepelbagaian dan bagaimana ia menjelma dalam pelbagai komuniti di seluruh Malaysia. Projek-projek akan tertumpu pada pemahaman terhadap bagaimana kepelbagaian terjadi di sekolah, kawasan perumahan, atau bandar mereka.
Di Sekolah Diversiti, anda akan:
Menjalin persahabatan sepanjang hayat dengan rakan-rakan dari pelbagai latar belakang di seluruh Malaysia
Menyertai bengkel dan perbincangan interaktif berkenaan identiti, kepelbagaian
dan keterangkuman
Belajar dari pelbagai perspektif mengenai cara kepelbagaian terjadi dalam sebuah komuniti dan kepentingannya
Mulakan projek anda sendiri untuk memupuk perpaduan dan persefahaman antara budaya dalam komuniti anda
Untuk memastikan peluang sama rata bagi semua orang, program kami percuma sepenuhnya! Kos penginapan, makanan dan pengangkutan ke tapak program ditanggung. Butiran lanjut di bawah:
Testimoni Dari Ibu Bapa
Mari dengar daripada ibu bapa alumni UWC Short Course kami!
Bagaimana Untuk Memohon?
Bantu kami mengenali diri anda dengan lebih baik!
Hantar permohonan anda dengan memperkenalkan diri anda dalam esei pendek (minimum 150 patah perkataan) atau video pendek (2 - 3 minit) dengan berkongsi mana-mana satu pilihan di bawah, atau apa sahaja yang anda berasa akan membantu kami memahami anda dengan lebih baik!
Nilai apa yang anda mengamalkan dalam hidup anda?
Masalah apa yang anda perhatikan dalam persekitaran anda yang ingin anda selesaikan?
Beritahu kami tentang suatu ketika anda dicabar oleh pendapat, idea, konsep atau latar belakang yang bertentangan. Bagaimana perasaan anda, dan apa yang anda lakukan pada akhirnya?
Permohonan akan ditutup pada 10 Disember 2024
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami melalui davina@aodmalaysia.org
atau hantar mesej ke mana-mana platform media sosial kami.